icon-search
icon-search
  • 1.jpg

Laluan Insani (Kumpulan Puisi Aksara)

Product Description:

ISBN: 9789674607692

Format: Paperback

Author: Syed Hamid Syed Jaafar Albar

Publisher: ITBM

Published Date: 2018


Add to Cart.png

Synopsis:

Karya Kumpulan Puisi Aksara: Laluan Insani mengandungi pelbagai subjek yang melibatkan persoalan peribadi, ketuhanan dan kemanusiaan. Ia juga merangkumi persoalan kehidupan dan masyarakat, hubungan antara individu sesama individu. Ia juga menyentuh alam dan manusia dalam pergolakan dan konflik.


Puisi saya juga menyentuh secara langsung dan sindiran isu politik serantau dan antarabangsa serta pemain-pemainnya yang mewarnai dunia. Tidak terkecuali kisah daripada kerakusan dan kezaliman manusia sehingga alpa tentang kata pemutus yang datangnya daripada yang Maha Esa. Koleksi puisi ini cuba menggambarkan cinta dan kasih sayang sesama insan bagi mencapai kedamaian dan ketenangan. Oleh kerana saya amat dekat merasai persoalan keadilan dan keihsanan yang manusia perlu miliki, karya saya banyak membicarakan subjek-subjek tersebut.


Tidak ketinggalan juga mewarkahkan isu dan cabaran order antarabangsa yang pincang bagi menyelesaikan masalah hak asasi manusia serta pencabulannya di Bosnia, Palestin, Myanmar dan di tempat lainnya. Berdepan dengan pengalaman dan pemerhatian maka saya amat kritikal dan vokal kepada kepincangan kemanusiaan yang wujud.


Saya membentuk persepsi dan realiti mengenai kesombongan dan keangkuhan insan, kuasa dan negara daripada pelbagai perspektif. Sebenarnya tajuk buku yang diberikan judul “Kumpulan Puisi Aksara: Laluan Insani:, tepat sekali menggariskan langkah dan perjalanan hidup yang mengandungi rintihan, liku-liku dan gelombang kehidupan yang pelbagai.


Namun saya bersyukur kepada Allah SWT kerana memberikan curahan idea dan ilham yang membolehkan saya meninta kata hati dan jiwa saya selaku insan yang dipinjamkan nyawa, nafas dan roh untuk menukilkan puisi dengan harapan untuk berkongsi pengalaman dan iktibar dengan pembaca-pembaca budiman.


- +
icon-cart Add to Cart
Home

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.